4.1.2013
12.42 tgh malam
SMSAH Jenan Kedah
Kelas Ting 6 Sains 3
1972-1973
Mr.Matt Cikgu orang putih 'peacecorp' mengajar kami kimia dalam BM ! Kerajaan Malaysia membawa guru2 sains kesekolah2 seluruh negara kerana nak membantu pelajar melayu kampung dan bandar celik subjek 'sains' kot. awal tahun 70 an .
Semasa tingkatan 4 dan 5 {1970 & 1971} ,guru dari Indonesia yang mengajar subjek Biologi, Fizik ,Kima dan Add Math !mungkin atas program yang sama Mr.Matt dari England !
Bayangkan kami murid kampung Kuala Pilah yang terpilih sebagai pelajar aliran sains tapi bahasa pengantar BM yang pertama kali diperkenal di Malaysia belajar degan slanga indon ! terlalu asing buat saya dan kawan2 dari daerah2 lain seramai 25 orang kohot pertama. Buku teks dalam BI belajar dalam pelat Indon! Hasilnya ? memang ramai yang gagal subjek sains tulen dalam SPM !
Berbalik semula kes guru peacecorp dari England tadi, oleh kerana tak fasih berbahasa BM maka kapur tulis itu yg menjadi mangsa sebab sepanjang proses P d P cikgu Matt menonyoh2 kan kapur tulis kebibir ,hidung mata sambil garu2 kepala ,usap2 rambut perang dia untuk 'recall' istilah sains dalm BM ! akhirnya kapur itu menjadi debu2 halus jatuh memutih atas baju dan seluar hitam beliau ! pada muka hidung dan rambut memang tak usah cakap lah .
Kesian lah pulak . Agaknya berapa gram kalau tak samapi berkilo yang tertelan secara sengaja dan tak sengaja ye?
kapur , marker
cikgu Ct
Thursday, January 3, 2013
kapur tulis buatan China Cikgu Matt dari England
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment