Monday, January 7, 2013

Murid ku doktor : Ini iktibar buat kalian

7.1.2013
12.01 tgh malam

Buat murid ku yang bergelar doktor dan bakal dokror-ini iktibar buat mu

Berbual dengan madam Tan pemilik kedai menjual jus buahan segar .Saya lebih senang menjenamakan nya jus kesihatan kerana  kita boleh memilih  kombinasi  2-3 buah segar untuk  pelbagai tujuan kesihatan : kolestrol, diabetes, selsema, kulit mulus,athsma atau sekadar melepas dahaga. Saya memesan campuran jambu ,pisang dan saleri kerana paras gula agak tinggi minggu ini melebihi bacaan 8 !

Kami memperkatakan tentang betapa tingginya kos perubatan masa kini di pusat perubatan swasta seperti Hospital Pantai mengenakan sehingga  rm 120 000 utk rwaatan selama 17 hari.
Beliau berkongsi cerita dari internet  tentang seorang doktor pakar bedah di negeri China telah meninggalkan wasiat utk doktor2 dihospital tempat beliau bertugas  Ketika itu beliau sedang bertarung dengan maut sebelum kematian nya akibat kanser .

Ketika  hayatnya bertugas  setiap pesakit itu merupakan sasaran utk 'buat duit'  dia hanya nampak duit  duit dan duit dan  tidak peduli kepayahan atau kesukaran keluarga pesakit menyediakan kos perubatan .Beliau juga tidak mahu ambil tahu penderitaan yang dilalui  pesakit  ,yang penting duit  sehinggalah beliau disahkan mengidap kanser tahap 4 sedangkan beliau adalah seorang doktor malah pakar bedah terkenal.

Hidayah Allah tidak siapa menduga bukan? Tidak di terima logik akal seorang dokor mengidap kanser tahap 4. Dalam wasiatnya beliau memohon jangan hendaknya ada doktor seperti beliau dan jangan tamak dan mesti ada sisi mulia dalam diri seorang doktor . Timbang rasa terhadap pesakit dan keluarga pesakit dengan mempamerkan rasa simpati bukan saja berupaya menenangkan pesakit dan ahli keluarga nya.

moga-moga coretan di atas menerbitkan rasa keinsafan  yang mendalam kepada murid2 ku yang sudah bergelar doktor mahu pun  bakal menjadi doktor , InsyaAllah.

kapur, marker
cikgu Ct

Saturday, January 5, 2013

Air mata guru

6.1.2013
7:57 am

Air mata buat murid ku

Guru mengangis kerana murid ?
Tentu murid susah nak pecaya!
Wahai insan yang memegang jawatan sebagai  murid satu ketika dulu,,,, kena percaya walau tidak pernah nampak hakikat ini,

Guru nenangis kerana muridnya berjaya dalam peperiksaan ! itu biasa
Kini lebih ramai guru menangis kerana kerenah murid dalam kelasnya ..itu juga sudah jadi terbiasa
Cabaran semasa ????
guru menangis kerana adanya  ibu bapa yang mengayat pedih bisa ..sedang menular berbisa.
Dalam isu ini memang tidak ramai tetapi sorang atau dua saja pun sudah lebih dari cukup.
Cukup untuk menyiksakan emosi guru itu sekurang2nya setahun atau 190 hari persekolahan. Namun  'roh guru' dalam diri seorang guru memang luar biasa!  Hati dan Jiwa guru cair dan kental silih berganti dalam mengendalikan anak didik amanah ibu bapa tanpa mengira status dan latar belakang ibu bapa. Di tangan nya penuh tanggung jawab dalam dadanya menjunjung amanah Allah.


kapur marker
cikgu Ct

Friday, January 4, 2013

Era Pen' Marker'

4.1.2013
6.55 ptg

Pen' Marker' hitam merah hijau

Setelah 12 tahun 'bermain kapur ' disebuah sekolah di Selagor D.E ,cikgu ct bertukar kesebuah sekolah yang dikira luar biasa rekabentuk arkiteknya dan kemudahan tercanggih ketika zaman miliniuem mengambil tempat pabila munculnya  tahun 2000.

Papan hitam kapur tulis  sudah tiada ,papan putih pen marker sebagai ganti . Perkakasan yang begitu asing buat segelintir guru dan pelajar ( mungkin) dan fobia kepada kotak ajaib 'komputer' telah menukar lanskap sekolah yang sangat istimewa lahirnya dek  pandangn jauh mantan perdana menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir bin Mohammad: Smart School ( Sekolah Bestari)
Status Sekolah Bestari memberi nafas baru dalam proses trasnformasi  sistem pendidikan negara Malaysia sejajar dengan cabaran globalisasi dalam era ICT ketika itu.

Mulai 3.1.2000 pen marker menjadi 'must have item' dalam ta tangan ku sama taraf dengan pen mahal jenama 'stabilo' .  Kapur tulis menjadi lagenda dalam kerjaya guru ku selama 22 tahun ! Bermula dengan pemberian percuma pen marker  sama ada biru atau hitam sahaja koleksi pen  marker hijau dn merah telah menambah seri warna2 kehidupan ku sebagai guru biologi!

kapur, marker
cikgu ct

Thursday, January 3, 2013

kapur tulis buatan China Cikgu Matt dari England

4.1.2013
12.42 tgh malam

SMSAH Jenan Kedah
Kelas Ting 6 Sains 3
1972-1973

Mr.Matt Cikgu  orang putih 'peacecorp' mengajar kami kimia dalam BM ! Kerajaan Malaysia membawa guru2 sains kesekolah2 seluruh negara kerana nak membantu pelajar melayu kampung dan bandar celik subjek 'sains' kot. awal tahun 70 an .

Semasa tingkatan 4 dan 5 {1970 & 1971} ,guru dari Indonesia yang mengajar subjek Biologi, Fizik ,Kima dan Add Math !mungkin atas program yang sama Mr.Matt dari England !
Bayangkan kami murid kampung Kuala Pilah yang  terpilih sebagai pelajar aliran sains tapi bahasa pengantar BM  yang pertama kali diperkenal di Malaysia belajar degan slanga indon ! terlalu asing buat saya dan kawan2 dari daerah2 lain seramai 25 orang kohot pertama. Buku teks dalam BI belajar dalam pelat Indon!  Hasilnya ? memang ramai yang gagal subjek sains tulen  dalam SPM !

Berbalik semula kes guru peacecorp dari England tadi, oleh kerana tak fasih berbahasa BM  maka kapur tulis itu yg menjadi mangsa  sebab sepanjang proses P d P cikgu Matt menonyoh2 kan kapur tulis kebibir ,hidung mata sambil garu2 kepala ,usap2 rambut perang dia  untuk 'recall' istilah sains dalm BM ! akhirnya kapur itu menjadi debu2 halus jatuh memutih atas baju dan seluar hitam beliau ! pada muka hidung dan rambut memang tak usah cakap lah .
Kesian lah pulak . Agaknya berapa gram kalau tak samapi berkilo yang tertelan secara sengaja dan tak sengaja ye?

kapur , marker
cikgu Ct

Wednesday, January 2, 2013

mengapa jadi cikgu?

2.1.2013
8:30 mlm
Saya nak jadi cikgu !

Minat ? mak suruh? ayah yang paksa ! ikut kawan ? tunang suka?
Kerja cikgu senang ! banyak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :jawapan skema

banyak persoalan banyak juga jawapan
banyak sebab banyak juga alasan

cikgu ct??
eerr. Saya ingin memenuhi impian abah utk melihat sorang dari 13 anaknya menjadi guru !
sebuah keluarga yang dikira besar masa kini ( 13 orang dari satu bapak satu mak ) tapi dulu atuk nenek suka ada cucu ramai.

Disebuah kampung di daerah Kuala Pilah ,Negeri Sembilan tinggal sekampung dengan  orang kaya semenda dan dekat pula dengan penghulu kampung, kami miskin tapi kaya anak  maka abah teringin salah sorang anaknya menjadi guru. Harapan abah semakin menggunung  selepas medapat seorang menantu perempuan guru sekolah rendah.

Aku redha demi sayangkan abah. Aku tolak tawaran kursus mikrobiologi di ITM  Shah Alam 1975 walaupun sewaktu medaftar dikhabarkan akan dihantar ke luar negara! Sebabnya bila balik kerumah ada sepucuk surat tawaan dari UPM untuk kursus Guru Diploma Sains dan Pendidikan selama 3 tahun. Dengan menerima tawaran UPM aku telah membuat dua orang yang sangat bererti dalam hidup ku gembira . Yang pasti tentu saja demi  abah ku ! seorang lagi tu siapa?????????? tekalah sendiri!
Terpaksa ke ? Tidak sekali kali sebab aku juga suka nak jadi cikgu . Inspirasi dari dua orang guru semasa aku di sekolah menengah dan seorang dari sekolah rendah ( 1961-1966). Lihat lah betapa guru boleh mempengaruhi seluruh kehidupan seorang murid nya!

kapur, marker
cikgu ct

Tuesday, January 1, 2013

Debaran atau keterujaan Hari 1 : 2 jan2013

2.1.2013
12.25 tgh mlm
Berdebar atau teruja?
Hari pertama sesi persekolahan 2013 akan bermula kurang dari 6 jam dari sekarang.
Persiapan peribadi sudah di teliti,supaya tiada  gundah dihati
Persiapan untuk bertemu 'pelanggan baru' juga sudah di banci, supaya esok tiada yang lari
Dimana debar dimana teruja nya??? jawab lah sendiri!

Selamat bertugas semua cikgu

kapur, marker
cikgu ct

Monday, December 31, 2012

kapur tulis vs pen marker

1.1.2013
12:03 am
 dulu kapur tulis kini pen marker
 terkenang semasa dulu ,hati ku menjadi rindu... (bait bait lagu nyanyian r.azmi 50 an)

Mula mengajar 1978  kapur tulis papan hitam perkakasan menyampai ilmu
sehinggalah 1999. bermakna lebih kurang 20 jugak lah.

tapi kena kira juga waktu  persekolahan: rendah dan menengah! ( ting 1 sampai ting 6)
mengapa?
kena bertugas bersihkan papan hitam 5 hari  seminggu  darab 6- 9 subjek

sekolah rendah 1961-1966 :  6 tahun
sekolah menengah tingkatan 1-6 ( 1967- 1973 )  : 7tahun
kalau di congak ( istilah dolu dolu dsekolah rendah) : 20 + 6 + 7 = 33 tahun jugak bermain kapur ni !

entah berapa kilo lah yangedut  berjaya ters masuk kedalm tekak dan hidung dalam keadaan sedar dan tidak sedar yang pasti tidak redha tapi itu lah yang berlaku.
patut lah rekod klinik swasta mencatatkan : sakit tekak sakit tekak sakit tekak selang seli batuk berkahak ! yak !!!

masuk era milinium  pindah kesekolah yg baru (tahun 2000), gah , hebat dan ultra moden reka bentuknya tinggi citarasa arkiteknya malah  tercacat dalam tinta  sejarah KPM:the smart school sekolah bestari , satu daripada aplikasi perdana multimedia superkoridor( multimedia supercorridor flagship) maka berakhirlah era kapur tulis dan bermula lah era pen maker papan putih buat diri cikgu ct. Mungkin guru di sekolah lain atau  berasrama penuh (SBP) telah mendahului aku menggunakan pen marker ,beruntung lah kalian.

kapur, marker
cikgu ct