Friday, January 4, 2013

Era Pen' Marker'

4.1.2013
6.55 ptg

Pen' Marker' hitam merah hijau

Setelah 12 tahun 'bermain kapur ' disebuah sekolah di Selagor D.E ,cikgu ct bertukar kesebuah sekolah yang dikira luar biasa rekabentuk arkiteknya dan kemudahan tercanggih ketika zaman miliniuem mengambil tempat pabila munculnya  tahun 2000.

Papan hitam kapur tulis  sudah tiada ,papan putih pen marker sebagai ganti . Perkakasan yang begitu asing buat segelintir guru dan pelajar ( mungkin) dan fobia kepada kotak ajaib 'komputer' telah menukar lanskap sekolah yang sangat istimewa lahirnya dek  pandangn jauh mantan perdana menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir bin Mohammad: Smart School ( Sekolah Bestari)
Status Sekolah Bestari memberi nafas baru dalam proses trasnformasi  sistem pendidikan negara Malaysia sejajar dengan cabaran globalisasi dalam era ICT ketika itu.

Mulai 3.1.2000 pen marker menjadi 'must have item' dalam ta tangan ku sama taraf dengan pen mahal jenama 'stabilo' .  Kapur tulis menjadi lagenda dalam kerjaya guru ku selama 22 tahun ! Bermula dengan pemberian percuma pen marker  sama ada biru atau hitam sahaja koleksi pen  marker hijau dn merah telah menambah seri warna2 kehidupan ku sebagai guru biologi!

kapur, marker
cikgu ct

0 comments: