7.1.2013
12.01 tgh malam
Buat murid ku yang bergelar doktor dan bakal dokror-ini iktibar buat mu
Berbual dengan madam Tan pemilik kedai menjual jus buahan segar .Saya lebih senang menjenamakan nya jus kesihatan kerana kita boleh memilih kombinasi 2-3 buah segar untuk pelbagai tujuan kesihatan : kolestrol, diabetes, selsema, kulit mulus,athsma atau sekadar melepas dahaga. Saya memesan campuran jambu ,pisang dan saleri kerana paras gula agak tinggi minggu ini melebihi bacaan 8 !
Kami memperkatakan tentang betapa tingginya kos perubatan masa kini di pusat perubatan swasta seperti Hospital Pantai mengenakan sehingga rm 120 000 utk rwaatan selama 17 hari.
Beliau berkongsi cerita dari internet tentang seorang doktor pakar bedah di negeri China telah meninggalkan wasiat utk doktor2 dihospital tempat beliau bertugas Ketika itu beliau sedang bertarung dengan maut sebelum kematian nya akibat kanser .
Ketika hayatnya bertugas setiap pesakit itu merupakan sasaran utk 'buat duit' dia hanya nampak duit duit dan duit dan tidak peduli kepayahan atau kesukaran keluarga pesakit menyediakan kos perubatan .Beliau juga tidak mahu ambil tahu penderitaan yang dilalui pesakit ,yang penting duit sehinggalah beliau disahkan mengidap kanser tahap 4 sedangkan beliau adalah seorang doktor malah pakar bedah terkenal.
Hidayah Allah tidak siapa menduga bukan? Tidak di terima logik akal seorang dokor mengidap kanser tahap 4. Dalam wasiatnya beliau memohon jangan hendaknya ada doktor seperti beliau dan jangan tamak dan mesti ada sisi mulia dalam diri seorang doktor . Timbang rasa terhadap pesakit dan keluarga pesakit dengan mempamerkan rasa simpati bukan saja berupaya menenangkan pesakit dan ahli keluarga nya.
moga-moga coretan di atas menerbitkan rasa keinsafan yang mendalam kepada murid2 ku yang sudah bergelar doktor mahu pun bakal menjadi doktor , InsyaAllah.
kapur, marker
cikgu Ct
Monday, January 7, 2013
Murid ku doktor : Ini iktibar buat kalian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment