2.1.2013
8:30 mlm
Saya nak jadi cikgu !
Minat ? mak suruh? ayah yang paksa ! ikut kawan ? tunang suka?
Kerja cikgu senang ! banyak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :jawapan skema
banyak persoalan banyak juga jawapan
banyak sebab banyak juga alasan
cikgu ct??
eerr. Saya ingin memenuhi impian abah utk melihat sorang dari 13 anaknya menjadi guru !
sebuah keluarga yang dikira besar masa kini ( 13 orang dari satu bapak satu mak ) tapi dulu atuk nenek suka ada cucu ramai.
Disebuah kampung di daerah Kuala Pilah ,Negeri Sembilan tinggal sekampung dengan orang kaya semenda dan dekat pula dengan penghulu kampung, kami miskin tapi kaya anak maka abah teringin salah sorang anaknya menjadi guru. Harapan abah semakin menggunung selepas medapat seorang menantu perempuan guru sekolah rendah.
Aku redha demi sayangkan abah. Aku tolak tawaran kursus mikrobiologi di ITM Shah Alam 1975 walaupun sewaktu medaftar dikhabarkan akan dihantar ke luar negara! Sebabnya bila balik kerumah ada sepucuk surat tawaan dari UPM untuk kursus Guru Diploma Sains dan Pendidikan selama 3 tahun. Dengan menerima tawaran UPM aku telah membuat dua orang yang sangat bererti dalam hidup ku gembira . Yang pasti tentu saja demi abah ku ! seorang lagi tu siapa?????????? tekalah sendiri!
Terpaksa ke ? Tidak sekali kali sebab aku juga suka nak jadi cikgu . Inspirasi dari dua orang guru semasa aku di sekolah menengah dan seorang dari sekolah rendah ( 1961-1966). Lihat lah betapa guru boleh mempengaruhi seluruh kehidupan seorang murid nya!
kapur, marker
cikgu ct
Wednesday, January 2, 2013
mengapa jadi cikgu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment