Pembaca budiman,
Kehidupan seorang pendidik memang tiada noktahnya. Kerjaya sebagai guru bermula pada 31 Januari 1978 . Sepatutnya sudah berakhir pada 14 April 2012 sebagai pesara guru pabila usia genap 58 tahun ! Namun qadha' dan qadar Allah tiada siapa yang dapat menelah...kekecohan sistem baru perkhidmatan awam (sbpa) penghujung 2011 dan perlanjutan tempoh bersara penjawat awam dari 58 ke 60 tahun meneruskan kelansungan hidup seorang guru... aku lah cikgu city.
Pembaca tentunya bersetuju selama lebih kurang 33 tahun memegang panggilan cikgu tentunya kembara nan panjang itu telah cukup jauh, cukup memenatkan dan semestinya juga penuh sensasi beremosi dan melucukan! tunggukan citra itu 1.1.2013.
Kapur, marker,
Cikgu Ct
Sunday, December 30, 2012
Asalamualaikum Selamat tinggal,Good bye 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment